Monday, March 29, 2010

KLIBF 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 baru sahaja tamat...Satu pengalaman yang menarik bagi diri saya yang pertama kali menghadirinya. Saya meluangkan masa hujung minggu selama 2 hari (27 & 28 hb) di sana yang bertempat di PWTC

Suka :
  • Koleksi buku yang SANGAT banyak!
  • Jumpa buku yang dicari-cari, Alhamdulillah
  • Wakil-wakil penerbitan yang sangat ramah, tidak jemu melayan permintaan dan soalan pengunjung yang hadir
  • Ada peta. 5 dewan besar tu! Jumlah booth ada 857 buah melibatkan 190 peserta
  • Jumpa penulis-penulis buku terkenal
  • Ramai pengunjung lelaki dan wanita yang hadir mempamerkan imej pemakaian yang baik(islam)
X suka :
  • Sistem lalu lintas manusia yang teruk
  • Percampuran terbuka lagi berleluasa antara lelaki dan wanita
  • Manusia yang ramai duduk di atas lantai untuk berehat/membaca buku yang baru dibeli menyesakkan lagi lalu lintas
  • Pengunjung lelaki dan wanita yang 'berbogel'
  • Sikap tidak malu pengunjung, khususnya yang saya lihat sangat 'beragama' meredah lautan manusia tanpa mengambil kira persentuhan yang boleh berlaku antara yang bukan mahram
  • Konsert yang melanggar syariat

Kekurangan mesti diperbaiki, kelebihan kita syukuri, supaya tahun depan dilangsungkan dengan lebih baik lagi


InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment