Monday, March 29, 2010

KLIBF 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 baru sahaja tamat...Satu pengalaman yang menarik bagi diri saya yang pertama kali menghadirinya. Saya meluangkan masa hujung minggu selama 2 hari (27 & 28 hb) di sana yang bertempat di PWTC

Suka :
  • Koleksi buku yang SANGAT banyak!
  • Jumpa buku yang dicari-cari, Alhamdulillah
  • Wakil-wakil penerbitan yang sangat ramah, tidak jemu melayan permintaan dan soalan pengunjung yang hadir
  • Ada peta. 5 dewan besar tu! Jumlah booth ada 857 buah melibatkan 190 peserta
  • Jumpa penulis-penulis buku terkenal
  • Ramai pengunjung lelaki dan wanita yang hadir mempamerkan imej pemakaian yang baik(islam)
X suka :
  • Sistem lalu lintas manusia yang teruk
  • Percampuran terbuka lagi berleluasa antara lelaki dan wanita
  • Manusia yang ramai duduk di atas lantai untuk berehat/membaca buku yang baru dibeli menyesakkan lagi lalu lintas
  • Pengunjung lelaki dan wanita yang 'berbogel'
  • Sikap tidak malu pengunjung, khususnya yang saya lihat sangat 'beragama' meredah lautan manusia tanpa mengambil kira persentuhan yang boleh berlaku antara yang bukan mahram
  • Konsert yang melanggar syariat

Kekurangan mesti diperbaiki, kelebihan kita syukuri, supaya tahun depan dilangsungkan dengan lebih baik lagi


InsyaAllah...

Wednesday, March 17, 2010

Muqadimah

بِسْمِ اللّهِ
Bismillah,

Dengan nama Allah, saya mulakan penulisan saya di blog ini.
Harap dapat bertukar pendapat dan mengambil pengajaran dari setiap perkongsian insyaAllah